Ahad, 7 April 2013

Tips untuk mereka yang berkulit gelap...

ok seperti tajuk di atas Admin nak kongsi tips2 make up untuk mereka yang berkulit gelsebab ade seorang dua kawan Admin tanya macam mana nak make up so Admin yang tak berapa nak ada ilmunya mampu kongsi sikit2 la yesiapa kata orang berkulit gelap tak boleh bergaya?cheryl samad berkulit gelap/hitam manis tapi tetap cantik


1)foundation: pilih foundation yang berasaskan air,water based foundation dan warna yang paling mendekati warna asal kulit (natural beige).ini kerana foundation jenis ini meresap kedalam kulit dan membuatkan kulit nampak sekata dan lebih natural.


2)Bedak: Kulit gelap selalunya kelihatan berminyak kerana pantulan pada kulit tersebut,jadi untuk melindungi kesan kulit berminyak sapukan sedikit bedak bayi ke atas kulit muka secara sekata dan nipis setelah memakai foundation(jangan tempek terlalu banyak jika mahu make up kelihatan soft dan semula jadi). kemudian sapukan secara sekata bedak flawless supaya dapat menutup kesan bedak bayi tadi. kulit muka akan kelihatan fresh dan natural.

3)eyeshadow:elakkan memakai warna yang terang(striking) cubalah warna seperti grey,brown,silver,bronze,gold,

4)maskara:jangan lupa memakai maskara supaya mata tidak kelihatan layu.

5)eyeliner: eyeliner adelah salah satu alat make up yang terpenting.gunakan colour yang sesuai supaya mata anda lebih menyerlah.

6)fake eyelash: untuk memberikan kesan mata yang menawan pemakaian fake eyelash sangat penting,jangan terlalu tebal pula,pilih yang sesuai dengan bentuk mata anda .jika bulu mata anda semula jadi lebat sperti rozita che wan tak perlulah memakainya.

7)contact lens:ok sekali lagi dingatkan,mata itu sangat penting.jika anda inginkan kelainan bolehlah memakai contact lens dimata.barbie eye lens bersaiz 16 mm digalakkan.

8)Blusher:untuk mereka yang mempunyai kulit yang tersangat gelap:Pilih warna deep rose, apricot, coral & deep orange.

untuk kulit yang sedang2 gelap/ hitam manis:boleh gunakan warna rose pink untuk siang hari dan bronze ,plum and wine untuk malam hari.


9)Lipstik:elakkan warna2 yang pucat(nude colour) sebaiknya cubalah warna seperti warna apricot, blackberry, caramel, serta red

warna2 lain yang mungkin sesuai ialah: copper,coral,bronze,wine,burgundy, chestnut ataupun maroon.


10)highlighter:fungsinya untuk memberi kesan kulit cerah gunakan sekitar mata,hidung,sekitar tulang pipi dan sekeliling bibir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...